Tuesday 11 October 2011

Cabaran minggu ini.

Siapa yang nak join, boleh join okay? :)

mulai hari esok 12/10/2011 Rabu sehingga 19/10/2011 Rabu saya tidak akan
makan ayam dan hanya akan makan nasi sekali sehari dengan kuantiti yang sedikit.

dan treat for myself on Thursday 20/10/2011, I'm gonna eat KFC snack plate only
on lunch :)

come on. you can do it!

Berubah menjadi yang lebih baik

hai saya seorang perempuan. :) dan anda pula?

blog ini dibuat pada hari ini kerana saya rasa, saya perlu ada satu platform
untuk berterus terang, berlaku jujur pada diri kerana blog ini baru dan tiada
siapa yang tahu. dan kalau anda yang sedang membaca ini akan cakap
"hey aku tahu.." worry not. awak mesti tak kenal saya hehe jadi padanlah
muka anda sebab membaca blog tanpa tahu tuannya. ibarat nya bercinta
tapi tak jumpa. maklum lah mukabuku.

kenapa bercakap seperti wanita kejam dan annoying seperti di atas? mari kita
introduce diri sebagai tanda pengenalan. hai, saya seorang perempuan. seorang
perempuan yang ingin menjadi cantik. saya mempunyai badan yang besar, ahhh
skip that, saya mempunyai badan yang gemok, punggung saya besar tetapi nasib
baik bahagian pinggang ke atas saya kecil. kalau saya duduk, semua lelaki akan
senyum2 manja dekat saya tapi bila bangun, semua buat2 muka dah khawin. dan
anda pula bagaimana?

saya membuat blog ini sebagai satu platform untuk saya catatkan progress saya
untuk menjadi cantik. kongsikan pengalaman untuk menjadi cantik. dan saya
akan jadi kan impian saya untuk menjadi cantik satu kenyataan. tolong kawan-kawan,
tepuk bahu saya bagi semangat. :)